Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Search This Blog


Saturday, 5 May 2018

PENGALAMAN PERTAMA BELAJAR MEMANDU

Pengalaman pertama ambil driving license.

26.12.2017
Mula-mula daftar belajar memandu dengan ayah. Untuk lesen kereta manual. Total kena bayar lebih kurang RM1026. Permulaan bayar lebih kurang RM316. So set tarikh untuk kelas teori 4 hari kemudian.

30.12.2017
Belajar teori saja 8 jam. Selesai kelas, set pulak tarikh untuk ujian komputer.

5 hari kemudian, 04.01.2018.
Ambik ujian komputer. 4 hari sebelum tu, badan demam jawabnya buku pun tak bukak la. Sehari sebelum test, demam dah kebah. Sambil tengok tv dgn ayah, sambil buat latihan bila tv iklan. Haha. Sampai hari test, bagitau ayah.. ' ayah.. aishah tak tau la boleh lulus ka dak. tak dan nak baca buku sangat. ' Tapi ayah cakap.. aku boleh buat. Alhamdulillah lulus first try 48/50. Lepas je lulus, dengan pantas pergi dengan ayah buat gambar untuk lesen. Then pergi pulak JPJ buat lesen L.

Pergi JPJ tingkat dua naik tangga. Ayah ada sakit jantung. Tak boleh jalan banyak, tak boleh naik tangga. Aku cakap dengan ayah.. 'tak pa la ayah.. ayah tunggu ja kat bawah. aishah boleh pi buat sendiri.' Tapi ayah nak ikut sekali. Walaupun cungap-cungap naik tangga sampai kena letak ubat bawah lidah. Excited nak tengok lesen L nanti. Haha. Dah selesai dapat lesen L, ayah ambik tengok. Tersenyum ayah. Nampak bahagia betul ayah. Kemudian, pergi set tarikh untuk mula belajar driving.

Disebabkan awal tahun jadi jadual belajar agak padat. Buat bayaran kali kedua lebih kurang RM338. Kemudian set tarikh mana yang ada kosong. Paling awal pun 37 hari  kemudian, 11.02.2018. Belajar 5 jam terus. Menanti tibanya tarikh itu dengan perasaan excited nak belajar. Almaklumlah, seumur hidup tak pernah ambil tahu hal-hal kereta ni.

Tapi.. dalam keadaan sedang menanti, 25.01.2018 ayah kena serangan jantung. Masuk CCU. Sehari ayah koma tak sedarkan diri. Bila keadaan ayah dah stabil, 5 hari kemudian 30.01.2018 doktor benarkan discharge.

Hari berganti hari, sampailah masa yang dinanti. Belajar 5 jam buat s, z dengan bukit masih tak pandai-pandai. Gelabah tak tentu pasal nak turun bukit tak gerak-gerak la.. Tayar tak sampai line kuning la, terlebih line kuning la.. Buat s, z tayar naik atas bump la.. Aduhaiii! Cikgu pun naik fed up dengan aku walaupun tu cikgu sementara ja untuk 5 jam.

Next belajar 3 hari kemudian, 14.02.2018.
Belajar 3 jam dengan cikgu lain. Garangnya, mashaAllah. Bertubi-tubi kena marah. Boleh koyak la hati tisu aku ni. Haha. Habis ja belajar 3 jam tu balik rumah teriak senyap-senyap. Dengan susah hati esoknya 15.02.2018 nak kena pergi belajar lagi 2 jam. Mengadu la dengan ayah.. 'ayah.. aishah kena marah teruk. rasa macam tak mau pi dah.' Tapi.. ayah bagi semangat. Ayah kata dulu ayah kena marah lagi teruk. Biasa la kena marah ni.. Bersemangat balik dengar ayah cakap gitu. Selesai belajar lagi 2 jam. Of course kena marah lagi! Hari-hari tertekan memikir hari akan datang. Emosi terganggu. Next belajar 20.02.2018.

Tapi.. 17.02.2018 ayah sekali lagi kena serangan jantung. Koma. Dan.. 18.02.2018 ayah kembali ke pangkuan Illahi. 20hb 2, hari yang sepatutnya ayah hantar aku ke sekolah memandu.. hari itu dah tak ada. Aku hilang semangat. Tak mampu aku nak teruskan dalam masa terdekat. Akhirnya aku ambik keputusan untuk tangguh.

11.04.2018
Aku kembali teruskan apa yang aku dah tangguh. Masa yang dah hampir 2 bulan berlalu, aku sangka aku kuat untuk pergi tanpa ayah. Tapi hari tu.. hari belajar memandu selama 3 jam aku hilang fokus. Akibatnya, dimarahi itu dan ini. Seperti yang ayah katakan, dimarahi tu perkara biasa. Cuma kali ni.. yang tak biasanya bila dah tak ada ayah yang dengar aku mengadu. Dah tak ada yang lantunkan kata semangat untuk aku yang lemah dan cepat koyak ni. Mulalah aku tertekan. Terlalu memikir sampai malam bukan lagi jadi waktu untuk tidur. Rasa takut untuk hadapi masa yang masih berbaki. Rasa takut untuk buat silap. Terfikir-fikir nak give up. Tebal rasa tu. Hari-hari yang sukar ni.. teringatkan ayah. Kalau lah ayah masih ada.. pasti tak sesukar ini.

Sebab esoknya 12.04.2018 ujian pra kelayakan QTI, aku tak boleh tidur. Asyik memikir macam-macam. Dengan takut kena marah lagi. Dan.. aku gagal QTI. Dah gagal tu, aku pergi lah langsaikan bayaran yang berbaki RM371. Waktu belajar aku ada lagi 2 jam. So tak ada lah aku kena tambah masa belajar lagi. Tambah masa, tambah duit. Jadi next belajar 10 hari kemudian 22.04.2018. Dalam tempoh 10 hari tu, aku tak boleh tidur malam. Terlalu risau. Terlalu takut. Terlalu banyak fikir. Hari-hari sakit kepala. Alahaii.. Dan.. teringat ayah. Rindukan ayah..

Sampai masa 22.04.2018 tu sempat la belajar sekejap. Sebabnya hari tu satu cikgu 3 orang sekali pelajar. Gilir-gilir ambik turn drive. Sempat practice kat jalan raya seround. Practice bukit, parkir sisi dengan tiga penjuru sekali. Tu pun macam nyawa-nyawa ikan ja nak lepas. Nak masuk gear tapi clutch tak tekan. Haiihhh! Almaklum lah 10 hari tak pegang kereta. Pastu time's up.

Dan esoknya.. test JPJ. Tak dapat tidur lagi. Tiap kali terfikir akan fail JPJ, menggigil kaki tangan. Lepas solat, tak berhenti doa minta lulus. Doa dengan desperate. Desperate mintak Allah luluskan test aku. Sampaikan guna nama Rasulullah dengan nama mak aku dalam doa nak lulus. Berharap dapat pegawai JPJ yang baik-baik. Aku tak nak ulang lagi. Tak nak lagi menghadap tekanan yang sama. Lain macam tekanan kali ni. Haha. Mintak kawan, mak dan abang doakan sekali. Memang betul-betul dah tak nak kena marah lagi. Tapi pada masa yang sama, aku tak letak harapan tinggi akan lulus. Makanya, aku minta kakak aku tanyakan kawan dia yang dulu belajar drive kat tempat yang sama.. berapa bayaran kalau ulang test JPJ. Aku nak prepare duit malam tu jugak. Senang, kalau fail bayar hari tu jugak. Tak yah ulang alik nak kena pergi cucuk duit kat ATM.

Dan.. tibalah hari tersebut, 23.04.2018. Lepas daftar kehadiran, ada sesi penerangan pengawai JPJ kejap. Next proceed dengan RPK. Nombor giliran aku no.37 dari 70-80 orang yang ambik manual. No.37 kiranya tak awal, tak akhir sangat lah kan.. Tapi entah macam mana, nombor aku antara nombor 10-15 yang terakhir. Nombor yang selepas aku pun dah lepas. Calon-calon tinggal dah tak ramai. Dalam10 orang gitu. Pegawai JPJ pun dah macam relaks. Dah lenggang sekolah memandu tu. Dipendekkan cerita, ujian dalam litar adalah aku buat salah sikit. Termati enjin kat dua tempat. First masa nak masuk selekoh s lepas buat RSM. Bagi signal dah. Baru nak masuk, mati enjin pulak! Apa lagi.. sepantas kilat aku perhidup enjin. Haha. Dan sekali lagi mati enjin kat parkir sisi. Dalam hati.. mati lah aku! Fail dah aku.. Aku pun down. Slow-slow pergi hantar kereta untuk next test jalan raya nanti.

Sampai ja kat tempat hantar kereta, terus kena tengking dengan cikgu yang mengajar aku tu. Dimarahnya aku, katanya aku fail. Ada sorang pengajar kat situ, Uncle R bagi tau dia aku fail. Aku pun keluar la dari kereta dengan muka tebal tahan malu orang-orang semua pakat pandang aku sokmo. Bertambah-tambah takut nak hadap next test kejap lagi. Mood pun dah down. Dah nampak dah bayangan nak kena repeat dengan cikgu yang sama. Oh my.. Lepas tu nombor aku kena panggil sign result test dalam litar. Aku pun check la berapa markah aku. Teruk sangat ke markah aku. Eh.. lulus je? 71/75. Dua markah yang kena tolak tu sebab dua kali termati enjin. Dua lagi aku tak tengok. Excited lulus punya pasal. Haha. Aku pun pergi la jumpa cikgu aku tu. Orang luluslah! Buat takut orang ja.

Kemudian test kat jalan raya. Berdebar dup dap dup dap. Tapi disebabkan kat litar aku lulus, makanya lagi aku nak berusaha sebaik mungkin kali ni. Tinggal jalan raya ja. Masuk ja kereta, lembutnya suara pegawai JPJ. Terus tenang hati aku. Nervous.. tapi dah kurang banyak dari tadi. Mulakan dengan bismillah. Mula-mula ja dah kena tegur. Naik jalan raya dia suruh lajukan. Ni bukan belajar, ni ujian betul-betul katanya.. Drive balik sekolah memandu, kertas result Uncle R ambik letak kat tempat pendaftaran. Tak dan aku nak tengok. Cett! Boleh ja la pergi tengok kat tempat pendaftaran tu. Tapi aku nak tau masa tu jugak. Tak terlangkah kaki ni keluar kereta selagi tak tau. Tanya pegawai JPJ tu aku lulus ke tak.. Dia hm.. Dengan kepala macam angguk. Okay la, pergi tanya kat tempat pendaftaran. Lulus! Ya Allah.. aku lulus! Alhamdulillah, aku lulus! Terima kasih, ya Allah! Aku lulus!

Dan.. aku pergi jumpa cikgu tadi. Salam tangan dia, peluk dia. Terima kasih cikgu, ajar saya. Dia pun minta maaf sebab marah-marah. Keluar saja dari sekolah memandu tu, berderai air mata. Ayah.. kalaulah ayah masih ada.. Ayahlah orang yang paling merasa bahagia. Terbayang senyuman ayah. ' Kan ayah dah cakap.. aishah boleh.' Pasti itu yang akan keluar dari mulut ayah. Ayah.. ini yang ayah nanti. Tapi.. tak sempat ayah lihat. Tak sempat aishah hadiahkan.. Aishah rindu ayah.. Sungguh terlalu rindu..